Search This Blog

Sunday 6 November 2011

Hati² dgn FikiraN kita keRaNa ia menJadi kata² ,
Hati² dgn kaTa² keRana ia beRubah Menjadi pErbuataN ,
Hati² dgn pErbuaTan kEraNa ia mEnjaDi kEbiasaaN ,
Hati² dgn kebiasaaN kerana ia meNjadi karaktEr kita ,
Hati² dgn karakTer keraNa ia mEnenTukan Masa depaN kita


• DELETE semua FILE kebencian & ammarah
• INSTALL anti-virus ego & putus asa
• RESTART kehidupanmu dgn kasih sayang
• REFRESH peribadi kita yg mulia
• DOWNLOAD sifat2 SABAR & TAQWA
• UPLOAD tingkahlaku yg BENAR, JUJUR & IKHLAS
• Jangan meng-'UNDO' pengalaman buruk & sedih
• LOADING semua dgn DOA & USAHA
• COPY & PASTE semua pengajaran & ilmu yg bermanafa'at
• ENTER Tawakkal

Saturday 5 November 2011

HARI RAYA AIDILADHA

Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”