Search This Blog

Tuesday 24 July 2012

meh tgk upin ipin belajar puasa....


ni satu lagi.... meh tgk...  dah.. puasa kena la terawih kan?
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK..Semoga Ramadhan kali ini akan membuka 1000 pintu keberkatan untuk kita.. amin...


Assalamualaikum... x der idea ape yang aku nak tulis hari ni.. ok lah aku nak kongsi citer pasal syaitan gemuk & syaitan kurus.. kih3..

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa pada suatu ketika bertemulah syaitan orang mukmin dengan syaitan orang kafir. Keadaan syaitan orang kafir ketika itu berminyak, gemuk dan berpakaian manakala syaitan orang mukmin kurus, kotor dan bertelanjang.

Lantas syaitan si kafir bertanya : "Hai syaitan orang mukmin, mengapa engkau kurus?" Jawab syaitan orang mukmin : "Aku bersama orang sedang makan yang sering menyebut nama Allah, hingga aku selalu kelaparan. Kalau minum dia juga menyebut nama Allah sehingga aku selalu kehausan. Kalau dia berpakaian selalu menyebut nama Allah sehingga aku tetap telanjang dan sewaktu bersolek dia selalu menyebut nama Allah hingga aku tetap kusut masai."

Lantas berkata syaitan orang kafir: "Aku tidak begitu, aku hidup bersama orang yang tidak menyebut nama Allah dalam semua pebuatannya. Itulah sebabnya aku dapat menyertai orang itu sewaktu makan, minum dan berpakaian.

Dalam hal ini jelas membayangkan hati orang bertakwa sentiasa terhindar daripada hawa nafsu dan sifat tercela. Jika syaitan datang kepada seseorang, bukan disebabkan syawat tetapi kerana terlupa berzikir kepada Allah. Apabila hati ingat kepada Allah, maka mundurlah syaitan laknat itu.

-Marilah kita bersama selalu berzikir pada Allah dalam apa keadaan pun...InsyaAllah..

Assalamualaikum...
Selamat Menyambut ramadhan AL- Mubarak,semoga ramadhan kali ini memberi keberkatan dalam hidup kita dan diberikan hidayah juga kekuatan oleh ALLAH untuk memperbaiki kehidupan kita di dunia dan bekalan di akhirat………….
dalam pada kita sedang menyambut Ramadhan Al-mubarak.. hari ni saya nak kongsi tentang perkara2 besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan.. jika ada yang tersalah.. harap ditegur ye...
Peristiwa Besar Pada Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:
  1. BULAN DITURUNKAN AL-KITAB
  2. PERISTIWA BADAR
  3. ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH
  4. PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD S.A.W KE TABUK
  5. PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
  6. PEPERANGAN ZALLAQAH
  7. TENTERA ISLAM MENGALAHKAN MONGOL
  8. PEPERANGAN YAKHLIZ
  9. ISLAM SAMPAI KE YAMAN
  10. PENYERAHAN BANDAR THAIF
banyak peristiwa yang berlaku di dalam bulan ramadhan.. kita perlu mengambil iktibar dari sejarah2 yang berlaku.. kerana puasa bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga.. 











Wednesday 4 July 2012

Assalamualaikum.. dalam sedar x sedar.. kita dah pun melangkah ke nisfu syaaban.. sudah bersedia ke kita nak menghadapi Ramadhan? sini aku nak citer sikit pasal kelebihan nisfu syaaban ni... jom relax santai sambil kutip2 sedikit ilmu kat sini..

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah SAW dan Baginda akan lebih banyak berpuasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan.


Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain? Baginda bersabda yang bermaksud: “Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika aku berpuasa.” (Hadis riwayat an-Nasaie).


Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban).


Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”


Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.


Tuesday 3 July 2012

assalamualaikum.. alahai.. bersawang lagi blog aku nih.. erm.. entry kali ni aku nak post pic2 kat tempat keje aku.. nun di oversea.. kih3



 
Kuarters

                                                       pemandangan dr hadapan


                                                                       pondok ilmu
                                                                laluan setiap hari


                                                 kanak-kanak ribena.. hehhehe .. cute kan diorang