Search This Blog

Friday, 2 November 2012

~!!~assalamualaikum kengkawan..~!!~
Dah lama aku x jengah2 sini.. erm.. sini la tempat aku luahkan perasaan,,, entahla.. kadang.. apa yang kita nak x pernah Allah tunaikan.. tp aku berpegang pada 1 kata2...Allah x kan bg apa yang kita nak.. Allah akan memberi apa yang kita perlukan.. maybe sekarang ni aku x tau apa yang aku perlukan.. kerana DIA lebih memahami.. so.. aku serahkan semua padaNYA.. hanya doa aku mampu panjatkan.. 


Dalam diam aku sygkan seseorang.. erm.. aku suka karektor dia.. lucu.. periang.. tp itu sekadar dari jauh,, sebab aku tau.. dia x pandang pun org mcm aku ni.. dulunya aku hepi kat sana... sejak kehadiran seorang "gadis" aku rasa mcm aku terpinggir.. seolah2 aku x pernah ada.. tp bila "gadis" tu x der.. pandai pulak dia layan aku.. nampak pulak aku yang tercongok kat situ.. erm.. tp biarlah.. dunia maya ni x kebanyakkan indah di mata je,., hakikatnya x.. so.. aku ckp kat diri aku.. dia tu x SESUAI untuk aku.. bila senang x pandang aku.. bila susah baru nak mengadap aku.. haishhh~~!!! pelik2!! 



arhh!! lantakla.. korang... malas aku nak layan.. tp.. dia tu sweet la.. adess.. aku out dulu.. poyo lak tetiba.. salam.. kbaiiii

Saturday, 11 August 2012

Assalamualaikum.. lama dah x jengah bilik aku ni.. adoii banyaknya sawang.. sebok buat kue raye.. ekek.. k lah penulis nak ucap selamat hari raya maaf zahir batin..



Tuesday, 24 July 2012

meh tgk upin ipin belajar puasa....


ni satu lagi.... meh tgk...  dah.. puasa kena la terawih kan?
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK..Semoga Ramadhan kali ini akan membuka 1000 pintu keberkatan untuk kita.. amin...


Assalamualaikum... x der idea ape yang aku nak tulis hari ni.. ok lah aku nak kongsi citer pasal syaitan gemuk & syaitan kurus.. kih3..

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa pada suatu ketika bertemulah syaitan orang mukmin dengan syaitan orang kafir. Keadaan syaitan orang kafir ketika itu berminyak, gemuk dan berpakaian manakala syaitan orang mukmin kurus, kotor dan bertelanjang.

Lantas syaitan si kafir bertanya : "Hai syaitan orang mukmin, mengapa engkau kurus?" Jawab syaitan orang mukmin : "Aku bersama orang sedang makan yang sering menyebut nama Allah, hingga aku selalu kelaparan. Kalau minum dia juga menyebut nama Allah sehingga aku selalu kehausan. Kalau dia berpakaian selalu menyebut nama Allah sehingga aku tetap telanjang dan sewaktu bersolek dia selalu menyebut nama Allah hingga aku tetap kusut masai."

Lantas berkata syaitan orang kafir: "Aku tidak begitu, aku hidup bersama orang yang tidak menyebut nama Allah dalam semua pebuatannya. Itulah sebabnya aku dapat menyertai orang itu sewaktu makan, minum dan berpakaian.

Dalam hal ini jelas membayangkan hati orang bertakwa sentiasa terhindar daripada hawa nafsu dan sifat tercela. Jika syaitan datang kepada seseorang, bukan disebabkan syawat tetapi kerana terlupa berzikir kepada Allah. Apabila hati ingat kepada Allah, maka mundurlah syaitan laknat itu.

-Marilah kita bersama selalu berzikir pada Allah dalam apa keadaan pun...InsyaAllah..

Assalamualaikum...
Selamat Menyambut ramadhan AL- Mubarak,semoga ramadhan kali ini memberi keberkatan dalam hidup kita dan diberikan hidayah juga kekuatan oleh ALLAH untuk memperbaiki kehidupan kita di dunia dan bekalan di akhirat………….
dalam pada kita sedang menyambut Ramadhan Al-mubarak.. hari ni saya nak kongsi tentang perkara2 besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan.. jika ada yang tersalah.. harap ditegur ye...
Peristiwa Besar Pada Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:
  1. BULAN DITURUNKAN AL-KITAB
  2. PERISTIWA BADAR
  3. ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH
  4. PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD S.A.W KE TABUK
  5. PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
  6. PEPERANGAN ZALLAQAH
  7. TENTERA ISLAM MENGALAHKAN MONGOL
  8. PEPERANGAN YAKHLIZ
  9. ISLAM SAMPAI KE YAMAN
  10. PENYERAHAN BANDAR THAIF
banyak peristiwa yang berlaku di dalam bulan ramadhan.. kita perlu mengambil iktibar dari sejarah2 yang berlaku.. kerana puasa bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga.. 











Wednesday, 4 July 2012

Assalamualaikum.. dalam sedar x sedar.. kita dah pun melangkah ke nisfu syaaban.. sudah bersedia ke kita nak menghadapi Ramadhan? sini aku nak citer sikit pasal kelebihan nisfu syaaban ni... jom relax santai sambil kutip2 sedikit ilmu kat sini..

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah SAW dan Baginda akan lebih banyak berpuasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan.


Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain? Baginda bersabda yang bermaksud: “Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika aku berpuasa.” (Hadis riwayat an-Nasaie).


Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban).


Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”


Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.


Tuesday, 3 July 2012

assalamualaikum.. alahai.. bersawang lagi blog aku nih.. erm.. entry kali ni aku nak post pic2 kat tempat keje aku.. nun di oversea.. kih3



 
Kuarters

                                                       pemandangan dr hadapan


                                                                       pondok ilmu
                                                                laluan setiap hari


                                                 kanak-kanak ribena.. hehhehe .. cute kan diorang

Friday, 1 June 2012




ASSALAMUALAIKUM..

 

entry ni aku nak kongsikan dr salah satu blog yang aku lawati.. rasa mcm menarik untuk dikongsikan.. jom kite tgk.. tepat ke x? 


Rahsia Mata Wanita....Jelingan Matanya Yang Menarik Memikat Hati Lelaki




Ok..jom kenali wanita menerusi rupa bentuk matanya. Rahsia ni taklah 100% betul. Kalau betul cuma kebetulan je.

Mata wanita bersaiz kecil
Wanita tersebut adalah seorang yang peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Mata wanita bersaiz sedang
Wanita tersebut adalah seorang yang sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Mata wanita bersaiz lebar
Wanita tersebut adalah seorang yang cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata wanita selalu berkedip
Wanita tersebut adalah seorang yang pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik

 Wanita yang jarang berkedip
Wanita tersebut adalah seorang yang istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata wanita cengkung
Wanita tersebut adalah seorang yang kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata wanita redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Mata wanita seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.
Assalamualaikum..

Hai all.. dah lama sangat aku biarkan je blog aku ni bersawang.. bizi sesangat karang ni.. tq pada yang sudi singgah di blog ni..x der idea ape entry aku nak sentuh hari ni.. tp kan baru2 ni kita dikejutkan dengan satu berita tentang penderaan bayi oleh ibunya sendiri... hai.. apelah nak jadi dengan dunia sekarang.. nyawa manusia dah dibuat mcm sampah...  x tau nak bersyukur kurniaan yang ALLAH S.W.T bg... dah elok2 di beri cahaya mata di dera pulak.. kalau nak marah sekalipun jgan la budak tu tempat lepas geram.. mentang2 la budak tu x reti melawan..
Allah kurniakan akal bukan untuk di simpan.. tp Allah suruh guna untuk pikir.. hai.. menitis air mata aku tgk budak sebesar tu di pukul... apalah daya bayi sebesar itu... :(

Tuesday, 24 January 2012

Rahsia Wanita Mengikut Kedudukan Dalam Ahli Keluarga...

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya. 



Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga. 
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah 
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air 
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api 
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin 
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan