Assalamualaikum... x der idea ape yang aku nak tulis hari ni.. ok lah aku nak kongsi citer pasal syaitan gemuk & syaitan kurus.. kih3..
Diriwayatkan oleh Abu
Hurairah bahawa pada suatu ketika bertemulah syaitan orang mukmin dengan
syaitan orang kafir. Keadaan syaitan orang kafir ketika itu berminyak, gemuk
dan berpakaian manakala syaitan orang mukmin kurus, kotor dan bertelanjang.
Lantas syaitan si kafir
bertanya : "Hai syaitan orang mukmin, mengapa engkau kurus?" Jawab
syaitan orang mukmin : "Aku bersama orang sedang makan yang sering
menyebut nama Allah, hingga aku selalu kelaparan. Kalau minum dia juga menyebut
nama Allah sehingga aku selalu kehausan. Kalau dia berpakaian selalu menyebut
nama Allah sehingga aku tetap telanjang dan sewaktu bersolek dia selalu
menyebut nama Allah hingga aku tetap kusut masai."
Lantas berkata syaitan
orang kafir: "Aku tidak begitu, aku hidup bersama orang yang tidak
menyebut nama Allah dalam semua pebuatannya. Itulah sebabnya aku dapat
menyertai orang itu sewaktu makan, minum dan berpakaian.
Dalam hal ini jelas
membayangkan hati orang bertakwa sentiasa terhindar daripada hawa nafsu dan
sifat tercela. Jika syaitan datang kepada seseorang, bukan disebabkan syawat
tetapi kerana terlupa berzikir kepada Allah. Apabila hati ingat kepada Allah,
maka mundurlah syaitan laknat itu.
-Marilah kita bersama
selalu berzikir pada Allah dalam apa keadaan pun...InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment