Assalamualaikum.. dalam sedar x sedar.. kita dah pun melangkah ke nisfu syaaban.. sudah bersedia ke kita nak menghadapi Ramadhan? sini aku nak citer sikit pasal kelebihan nisfu syaaban ni... jom relax santai sambil kutip2 sedikit ilmu kat sini..
Bulan
Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah. Syaaban
bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini
masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk
mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.Syaaban adalah
antara bulan paling dicintai Rasulullah SAW dan Baginda akan lebih
banyak berpuasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah SAW
patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga
latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan.
Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa
sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain? Baginda bersabda yang
bermaksud: “Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan
adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya
amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal
ibadahku di angkat ketika aku berpuasa.” (Hadis riwayat an-Nasaie).
Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih
daripada Mu‘az bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah
menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya‘ban,
maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang
menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis riwayat Ibnu
Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban).
Malam Nisfu Syaaban juga
adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam
asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa
dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam
Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam
pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”
Kesimpulannya,
amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta
menyambut kedatangan Ramadan dengan hati bersih dan jiwa suci,
natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.
No comments:
Post a Comment